Harini tersangatlah FREE sampai dari siang hingga ke malam duk main masak-masak kat dapo. Esok dah tak free sebab ada appointment dengan client untuk jahit pukal.
Tengah hari masak speghetti, petang masak sotong goreng kunyit pulak untuk dinner.
.
Ok berikut adalah resepinya. Selamat mencuba!
.
.
.
1. Sediakan sotong 5 ekor, basuh bersih, jangan lupa buang tulang sekali, pastu potong gelang2 camtu k.
2. Hiris 3 ulas bawang putih.
3. Hiris 1 biji bawang besar.
4. Potong cili padi 5 batang.
5. Cincang daun bawang 3-4 urat.
6. 1 sudu besar tepung jagung.
7. 1 sudu besar serbuk kunyit.
8. 1 sudu kecil serbuk kari ikan.
9. 1 sudu kecil garam.
10. 1/2 sudu kecil garam berasingan.
11. 1 sudu kecil gula.
.
.
Masukkan 1 sudu kecil garam, serbuk kunyit & serbuk kari ke dalam sotong.
.
.
Gaulkan hingga sebati & perap selama 20 minit. Sementara tu boleh panaskan kuali & minyak.
.
.
Dah cukup masa perap, masukkan tepung jagung tadi. Gaul hingga sebati.
.
.
Dah panas kuali & minyak, masukkan bawang putih dan kacau sampai naik bau.
.
.
Pastu masukkan bawang besar tadi. Kacau sampai bawang tu terlerai & layu sikit je.
.
.
Then masukkan sotong yang dah siap digaul tadi. Kacau selalu supaya sotong tak kental atau liat, gebu & lembut. Api sederhana.
.
.
Tambah sedikit air dalam 1/4 cawan ke dalam lebihan tinggalan gaulan tadi & masukkan dalam kuali. (Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air, nanti ejas balik garam & gula)
.
.
Bila dah goreng molek, masukkan cili padi tadi. Pastu gaul.
.
.
Masukkan 1/2 sudu kecil garam. Kalau tak cukup, tambah je lagi k.
.
.
Masukkan 1 sudu kecil gula. Kalau tak cukup pun tak de hal nak tambah lagi. Then gaulkan semua sampai sebati sehingga rasa dah masak elok, tutup api.
.
.
Dan beginilah hasilnya! Taburkan daun bawang tadi dan sotong goreng kunyit telah siap dihidang untuk santapan.
.
Kalau dah cuba komen kat bawah k. Btw, boleh juga nak tambah veges. Saya tak letak sebab tak cukup bahan. Hehe.. Tataaa! 😉